Isnin, 11 Mei 2009

Bahasa Melayu UPSR2009

Bezakan perkataan berikut

telor : telur
betapa : bertapa
tonton : tuntun
tempoh : tempuh
cucuk : cocok
dilema : delima
tanpa : tampa
giling : geleng
9. indah : endah
10. golong : gulung
11. setengah : sesetengah
12. tekad : tekat
13. rasmi : resmi
14. kenderaan : keinderaan
15. pedalaman : pendalaman
16. qari : kari

Contoh soalan bentuk grafik

UPSR 2005 SK

Encik khalid sedang __________ roti canai di restorannya.

A
menguli
B
menebar
C
mencanai
D
mengadun

UPSR 2005 SK

Terdapat dua batang pokok kelapa yang ditanam di ___________ rumah.

A
belakang
B
penjuru
C
Tepi

UPSR 2005 SK

Bas yang sarat dengan penumpang itu tidak berhenti __________ ditahan oleh murid-murid __________ ada penumpang yang hendak turun.

A
walaupun …kecuali
B
jika … sementara
C
walhal … apabila
D
ketika … hingga
UPSR 2005 SK

Ismail dan Yusri sedang menyemak ____________ yang ditampal pada papan kenyataan.

A
jadual petugas harian
B
jadual tugasan harian
C
jadual bertugas harian

UPSR 2005 SK

“ ___________ letakkan buku yang dibaca di tempat asal,” kata Nabilahkepada rakan-rakannya.

A
Sila
B
Tolong
C
Jangan
D
Usah




UPSR 2005 SK

___________ yang bertugas kelihatan sedang melayan penumpang dengan mesranya.

A
Mahasiswi
B
Pramugari
C
Peragawati

UPSR 2005 SK

Fazrul tidak terdaya untuk ________ meja yang berat itu.

A
menyanggah
B
menongkah
C
menekan
D
menolak

UPSR 2005 SK

“Wah, ___________ indah pemandangan di puncak gunung ini!’ Kata Faizal.

A
benar sekali
B
terlalu amat
C
sungguh nian
D
terlalu paling

UPSR 2005 SK

Apakah yang dilakukan oleh penduduk di kawasan perumahan itu?

A
Mereka menyediakan makanan untuk majlis perkahwinan.
B
Mereka menyajikan makanan untuk majlis perkahwinan.
C
Mereka gembira ketika ketika memasak untuk majlis perkahwinan.
D
Mereka berpakat untuk menyediakan hidangan majlis perkahwinan.

UPSR 2005 SK

Berpandukan gambar, pilih dialog yang paling sesuai.

A
Nah, terimalah balasan jika berbuat jahat!
B
Cis, besarnya kayu yang menimpa engkau!
C
Aduh, kenapa sampai begini Sang Buaya!
D
Wah, malang sungguh nasibku wahai Sang Buaya!

UPSR 2006 SK

Puan Rozana memotong kaki seluar anaknya kerana terlalu ____________.

A
lebar
B
besar
C
labuh

UPSR 2006 SK

_____________ Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seri Damai itu mengumumkan ketibaan tetamu khas.

A
Jurubahasa
B
Juruhebah
C
Jurucakap
D
Juruacara

UPSR 2006 SK

Ibu ___________ ayam itu dengan rempah sebelum memanggangnya.

A
mengadun
B
menabur
C
mencalit
D
melumur

UPSR 2006 SK

Juara beregu badminton wanita dari Malaysia ____________ piala yang dimenangi oleh mereka.

A
menjulang
B
menatang
C
merangkul
D
menjunjung

UPSR 2006 SK

Encik Chin sedang ____________ buluh untuk membuat sangkar burung.

A
meraut
B
melentur
C
merincih
D
menghiris

UPSR 2006 SK

Encik Dahlan sedang ____________ kain di bengkel untuk memenuhi pesanan pelanggannya.

A
menekan
B
menekap
C
mengecop
D
mengecap

UPSR 2007 SK

Mak Cik Zainab _________ sayur kangkung untuk juadah tengah hari nanti.

A
menjerang
B
mengukus
C
mencelur
D
merebus

UPSR 2007 SK

Dalam perjalanan pulang dari sekolah, Amran ternampak sebatang pokok tumbang ____________ jalan.

A
melintasi
B
merentasi
C
merintangi
D
menyusuri

UPSR 2007 SK

Anak kecil itu _____________ dari pangkuan ibunya kerana hendak bermain-main.

A
berlungsur
B
melungsur
C
melungsuri
D
melungsurkan

UPSR 2007 SK

Semua jemputan yang hendak ke majlis rumah terbuka itu perlu meneliti peta kerana jalannya _____________.

A
bersimpang-siur
B
berlekak-lekuk
C
berbolak-balik
D
bersesat-barat


UPSR 2005 SJK

Pak Long sedang ________ buah kelapa itu di halaman rumahnya.

A
memotong
B
mengupas
C
menghiris
D
menetak


UPSR 2005 SJK

Pinggir jalan itu ditanami tumbuhan ________ supaya kelihatan cantik.

A
renek
B
kerdil
C
ketot
D
halus

UPSR 2005 SJK

Di atas meja tertinggal beberapa potong kek, karipap dan _________ jag air sirap.

A
sebahagian
B
sesetengah
C
separuh

UPSR 2005 SJK

Emak memasukkan beberapa ___________ bawang besar ke dalam kuali yang panas itu.

A
buah
B
hiris
C
ulas
D
ketul


UPSR 2007 SJK
Pemuda itu bertanya, “Bolehkah ____________ menukar wang di sini?”

A
dia
B
saya
C
kami
D
mereka



Pilih jawapan yang paling sesuai untuk soalan yang bergaris.

1. Mengapakah kamu tidak hadir petang semalam?
A Benar, saya tidak dapat hadir petang semalam
B Saya tidak hadir kerana badan saya kurang sihat
C Sudah dua hari saya berasa tidak Sihat badan
D Saya akan hadir untuk latihan petang ini

2. Siapakah yang mendorong kamu bergiat dalam bidang seni ?
A Saya meminati bidang seni sejak bangku sekolah lagi
B Sudah hampir lima tahun saya bergiat dalam bidang seni.
C Ibu bapa sayalah yang mendorong saya bergiat dalam bidang seni.
D Ibu bapa saya juga adalah penggiat seni yang aktif.

3. Mengapakah kamu tidak datang dalam perjumpaan kelab semalam ?
A Benar , saya tidak datang dalam perjumpaan semalam
B Saya tidak dapat datang kerana tayar basikal saya bocor
C Tayar basikal saya bocor kerana terlanggar paku payung.
D Saya akan menghadirkan diri dalam perjumpaan yang akan datang.

4. Siapakah pemenang pertandingan memancing itu ?
A Dia menang kerana berjaya memancing ikan yang besar.
B Firdauslah yang berjaya menangkap yang besar itu.
C Pemenang pertandingan memancing itu ialah Firdaus.

Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada jawapan yang bergaris.

1. Kami memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman melalui lawatan itu.
A. Apa matlamat lawatan itu?
B. Mengapa kamu menyertai lawatan itu?
C. Apa faedah yang kamu peroleh daripada lawatan itu?
D. Bagaimana kamu memperoleh pengetahuan dan pengalaman?

2. Mangsa bot karam itu belum ditemui sehingga lewat malam tadi
A. Bila mangsa bot karam itu ditemui?
B. Bagaimana keadaan mangsa bot karam itu?
C. Apa yang berlaku sehingga lewat malam tadi?
D. Apa maklumat terkini tentang mangsa bot karam itu?

3. Keadaan di kawasan kemalangan itu terkawal. Pihak polis sedang menjalankan siasatan?
A. Mengapa pihak polis menyiasat kawasan kemalangan itu?
B. Adakah keadaan kawasan kemalangan itu terkawal?
C. Siapakah yang menyiasat kawasan kemalangan itu?
D. Bagaimana keadaan di kawasan kemalangan itu?

4. Ya, Cikgu Latifah yang akan menggantikan Cikgu Anita.
A. Awak pasti Cikgu Latifah yang akan menggantikan Cikgu Anita?
Adakah Cikgu Latifah yang akan menggantikan Cikgu Anita?
Mengapa Cikgu Latifah menggantikan Cikgu Anita?
Siapakah pengganti Cikgu Anita?

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

1. I Kulit adiknya lebih cerah daripada kulit kakaknya.
II Ikan-ikan itu dipelihara di dalam bekas yang cerah.
III Langit yang cerah sebentar tadi telah bertukar menjadi
mendung.
IV Keadaan hidup keluarga Pak Mail semakin cerah apabila
dua orang anaknya yang berjawatan tinggi turut membantunya.

A I, dan III sahaja C I, III, dan IV sahaja
B II, III, dan IV sahaja D I, II, III, dan IV


2. I Kakak tidak sedar ketika anaknya merosot dari pangkuan.
II Pelajaran adik semakin merosot sejak akhir-akhir ini.
III Kesihatannya semakin merosot sejak isterinya meninggal
dunia .
IV Kesan merosot harga getah amat dirasai oleh golongan petani.

A II, dan III sahaja C II, III, dan IV sahaja
B I, II dan III sahaja D I, II, III, dan IV

3. I Kanak – kanak itu gemar akan makanan ringan.
II Murid yang ringan tulang itu amat disenangi oleh rakan-rakannya
III Perselisihan faham kedua-dua kuasa besar itu tidak boleh dipandang ringan.
IV Kecederaan yang dialami oleh penunggang itu ringan sahaja.

A I,dan II sahaja C I, III, dan IV sahaja
B II, III, dan IV sahaja D I,II,III, dan IV







4. I Matanya tidak awas pada waktu malam.
II Awas, jalan sedang dibaiki! Pandu dengan perlahan.
III Anggota polis sedang awas pemuda yang disyaki pengedar
dadah itu.
IV Pemuda itu masih awas pihak polis.

A I, dan II sahaja C I,III, dan IV sahaja
B II, III, dan IV sahaja D I, II,III, dan IV

Pilih ayat-ayat yang betul

1. I Mereka berlima-lima tinggal di dalam kampung yang sama.
II Puan Kamariah mengundang kami sekeluarga ke rumahnya pada hari minggu ini.
III Yahya merupakan pengarah sebuah syarikat kewangan di Kuala Lumpur.
IV Tugas kebajikan adalah dilakukan demi untuk kepentingan rakyat miskin.

A. I dan III sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

2. I Chong Beng mengayuh basikalnya dengan laju apabila hari hendak hujan.
II Kemajuan dan pembangunan negara dapat dicapai jika masyarakat duduk dalam situasi aman dan damai.
III Bencana alam menimbulkan banyak masalah dan membawa kesengsaraan kepada penduduk.
IV Siti Nurhaliza tinggal di rumah neneknya daripada tahun 2000 hingga sekarang.

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. III dan IV sahaja








3. I Penduduk di kampung ini hidup dengan bercucuk tanam dan bersawah.
II Salleh mengambil tuala itu lalu menyangkutnya kepada sebatang paku.
III Manusia pada zaman dahulu hidup di dalam gua dan di atas pokok.
IV Kita mesti mematuhi peraturan jalan raya demi untuk keselamatan diri dan orang lain.


A. I dan III sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I, II, dan IV sahaja
D. I, III, dan IV sahaja


4. I Yunus berasa haus setelah bekerja di sawah.
II Jamilah menerima sepucuk surat dari sahabatnya di Kuala Lumpur.
III Pak Ngah membawa buah tangan apabila datang ke rumah kami.
IV Seluruh kawasan perumahan gelap-gelita apabila bekalan elektrik terputus.

A. I dan III sahaja
B. II dan III sahaja
C. II, III, dan IV sahaja
D. I, II, III, dan IV

Pilih ayat sama maksud dengan ayat yang diberi

1. Pertambahan jumlah kenderaan persendirian di bandar-bandar menyebabkan kesesakan lalu lintas.

A. Pertumbuhan bandar menyebabkan pertambahan kesesakan lalu lintas.
B. Jumlah kenderaan persendirian yang meningkat mengakibatkan jalan raya di bandar-bandar mengalami kesesakan.
C. Bandar-bandar yang mengalami kesesakan lalu lintas meningkatkan jumlah kenderaan.
D. Lalu lintas di bandar semakin sibuk apabila kenderaan semakin banyak.

2. “Syabas , tercapai juga akhirnya cita-cita kamu untuk menjadi doktor !” kata Munir kepada Nasir

A. Munir menyindir Nasir bahawa cita-citanya untuk menjadi doktor itu sudah berakhir.
B. Munir memberitahu Nasir bahawa cita-citanya untuk menjadi doktor itu akan tercapai juga akhirnya.
C. Munir mengucapkan syabas atas pencapaian Nasir dalam bidang kedoktoran.
D. Munir mengucapkan tahniah kepada Nasir yang telah berjaya mencapai cita-citanya menjadi doktor.






3. Untuk memastikan anak-anak membesar dengan sempurna , mereka perlu diberi makanan seimbang.

A. Anak-anak memakan makanan seimbang agar mereka dibesarkan dengan lebih sempurna.
B. Untuk memastikan anak-anak membesar , mereka patut memakan makanan yang sempurna.
C. Anak yang membesar , perlu diberi makanan sempurna yang seimbang.
D. Makanan seimbang sepatutnya diberi kepada anak-anak untuk membolehkan mereka membesar dengan sempurna.

4. Sesetengah orang lebih cenderung mencurahkan masalah peribadi kepada kawan karib mereka sahaja.

A. Teman karib menjadi tempat luahan perasaan bagi sesetengah orang.
B. Teman karib menceritakan masalah mereka kepada sesetengah orang.
C. Sesetengah kawan karib suka bercerita masalah mereka kepada seseorang.
D. Kawan karib suka meluahkan masalah seseorang kepada rakan mereka.


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1. Dadah telah memberi kesan buruk kepada kesihatan, generasi muda dan tanaga kerja _____________________ dadah telah merosakkan sistem masyarakat yang normal.

A Oleh itu C Tambahan pula
B Dalam hal ini D Dengan kata lain

2. Pihak sekolah sedang mengadakan kempen untuk memberi kesedaran tenttang
pentingnya pemakanan yang baik. _______________ satu siri ceramah akan diadakan minggu depan.

A Justeru C Oleh sebab itu
B Sehubungan itu D Walau bagaimanapun

3. Nabil sengaja pulang lewat kerana hujan. ___________________ dia boleh
menggunakan payung yang dibawanya.

A Padahal C Lagipun
B Lebih-lebih lagi D Oleh sebab itu



4. “Kerjasama dalam pasukan amat penting untuk berjaya. ______________ semangat kesukanan yang tinggi juga diperlukan,” tegas Cikgu Shahar kepada ahli pasukan bola tampar di sekolah itu.

A Walhal C Malahan
B Oleh itu D Di samping itu

Baca petikan cerita di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Sudah dua hari hujan turun dengan tidak berhenti-henti di Kampung Sentosa. Air sungainya sudah hampir melimpah tebing. Walaupun begitu, tebing sungainya masih kukuh kerana dipasang dengan kayu-kayu cerucuk. Pak Uda dan keluarganya berasa sungguh gelisah dan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga. Mereka telah pun mengemaskan barang-barang di rumah dan meletakkannya di tempat yang tinggi. Surat-surat dan dokumen penting juga sudah diasingkan untuk dibawa bersama sekiranya mereka berpindah. Mereka berdoa agar harta mereka tidak dibawa arus.

Pada petang Jumaat itu, kampung tersebut telah dinaiki air. Apabila air mula mencecah anak tangga teratas, barulah pasukan penyelamat tiba. Pak uda dan keluarganya serta penduduk kampung dibawa berpindah ke tempat yang selamat dengan menaiki bot. Pak uda melihat bangkai-bangkai ayam dan kambing dihanyut arus deras.

Mereka kemudiannya ditempatkan berhampiran sebuah sekolah rendah. Tempat itu ialah sebuah balai raya yang dijadikan pusat penempatan mangsa-mangsa banjir. Pak Uda mendapati ramai orang yang berada di sana. Rupa-rupanya mereka adalah mangsa-mangsa banjir dari kampung-kampung yang berdekatan. Suasana di situ menjadi kecoh apabila seorang wanita meraung-raung kerana rumahnya yang terletak berhampiran tebing sungai telah dihanyutkan arus yang deras.

Setelah berada di pusat pemindahan banjir selama tiga hari, banjir mulai surut. Keesokannya, Pak Uda sekeluarga dan penduduk-penduduk kampung dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Kini mereka terpaksa pula membersihkan rumah dan membaiki harta benda yang rosak.

1. Bagaimanakah air sungai di Kampung Sentosa hampir melimpahi tebing?

Tebing sungainya yang terlalu rendah
Tebing sungainya mulai runtuh kerana lumpur
Hujan yang turun dengan tidak berhenti-henti
Tebingnya tidak kukuh dan mudah pecah

2. Di manakah Pak Uda dan keluarganya ditempatkan?

Di sekolah rendah
Di Kampung Sentosa
Di rumah keluarganya
Di balai raya
3. Apakah gunanya kayu-kayu cerucuk di tebing sungai?

Menghalang air melimpahi tebing
Bersedia menghadapi air bah
Mengukuhkan tebing sungai
Supaya tidak berlaku banjir

4.. Mengapakah wanita tua itu meraung-raung?

Disebabkan kematian binatang ternakannya
Kerana rumahnya telah dihanyutkan air
Kerana terpisah daripada keluarganya
Harta bendanya telah dibawa arus

5. Bilakah Pak Uda dan orang-orang kampung pulang ke rumah masing-masing
Jumaat
Ahad
Isnin
Selasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan