Rabu, 13 Mei 2009

Bahasa Melayu UPSR 2009 - Tatabahasa

PERBENGKELAN

IMBUHAN:

Imbuhan akhiran
Imbuhan apitan
Imbuhan pinjaman
Imbuhan tergolong dalam empat jenis :

Imbuhan awalan


Imbuhan Awalan

Imbuhan Awalan
Contoh
beR-
berdiri,berbunga,berlawan,bersepah
meN-
mencuri, menulis, membaca, menarah
se-
sehari,serumah,sepinggan,sebagai
pe-
penulis,pemborong, peramah, pesalah
di-
dibasuh, dimasak, ditendang, direbus
mempeR-
memperisteri, memperbesar, memperlebar

Imbuhan Akhiran

Imbuhan Akhiran
Contoh
-an
pindaan, amalan, lautan, makanan
-i
baiki, tangisi, dekati, hampiri, jauhi
-kan
larikan, belikan, ceritakan, sampaikan


Latihan 1:

Tulis BETUL bagi perkataan yang betul ejaannya dan SALAH bagi perkataan yang salah ejaannya.


dandanan :……………..

7. menyangkul:……………

berkerjasama:………………

kesejukan :………………

mengelap :………………


memperdalam : …………..

menggosok:…………….

berbaik: ……………..

mengkirim:……………

masakkan:……………



Latihan 2:

Tulis ayat di bawah ini semula dengan melengkapkan imbuhan awalan atau akhiran yang sesuai pada kata-kata yang tertentu.

Masa pandu di jalan raya, kita hendaklah berhati-hati.
Sejak belakang ini, hasil tangkap nelayan makin kurang.
Tugas orang jururawat ialah jaga dan rawat orang sakit.
Dua orang jenayah telah jaya meloloskan diri daripada kepung pihak polis.
Cikgu Ali suruh kami pakai pakaian sukan masa latih di padang.

Latihan 3:

1. Persembahan penyanyi Norfaizah pada malam itu
berjaya………………. hati penonton.

A mencuit B mengangkat
C memikat

2. Orang tua itu terpaksa ……………….untuk berjalan
kerana kakinya tidak kuat.

A berkayu B bersimen
C berkuda D bertongkat

4. Samad …………. kayu dengan menggunakan
sebilah kapak.

A terbelah B belahkan
C membelah
3. Dia hampir …………apabila kakinya tersepak batu
di tepi jalan itu.

A terpusing B tersungkur
C terbalik

5. Ahmad ………….orang tua itu melintas jalan.

A memimpin B dipimpin
C terpimpin D berpimpin


Betulkan ayat di bawah:

Tolong membuka pintu itu.
Tolong mengemaskan alat-alat mainan itu.
Tolong mengasahkan pensel saya.
Tolong menggunting kertas ini.
Tolong menyelesaikan masalah ini.


Imbuhan Apitan dan Pinjaman.

Imbuhan apitan merupakan imbuhan yang hadir serentak di hadapan dan di akhir kata dasar.

Contoh:

ber…an
per…an
ke…an
meN…kan
ber…kan
ber…an
meN…i
memper…kan
memper…i
di…kan
di…i







Imbuhan pinjaman merupakan imbuhan yang dipinjamkan daripada bahasa lain.

Contoh:

Sanskrit
maha-, pra-, tata-, panca-, swa-, tuna-, eka-,
dwi-, tri-
Arab Parsi
bi-,
Yunani-Latin-Inggeris
anti-, pra-, mono-, poli-, auto-, sub-, supra-,







Contoh akhiran pinjaman:

Sanskrit
-wan, -man, -wati, -nita
Arab Parsi
-wi, -lah, -in, -at, -ah
Yunani-Latin-Inggeris
-isme, -ik, -is, -al, -is


Latihan 1:

Mereka sedang …….(jalan) latihan bola sepak di padang sekolah.
Shamsiah dan keluarganya sedang menikmati ……(pandang) indah di tepi pantai.
Perompak itu telah ……(jatuh) hukuman penjara selama sepuluh tahun.
Petani itu berusaha tanpa ( kenal) penat lelah.
Kehandalan Samad bermain catur tidak dapat saya (tanding)

Latihan 2:
Betulkan penggunaan perkataan berimbuhan yang digarisi dalam ayat-ayat di bawah.

Tidak lama lagi, Cikgu Aris akan tertinggal kita.
Pengadil itu selalu menyebelahkan pasukan tuan rumah.
Saya tidak dapat tandingi Sulaiman yang begitu handal bermain badminton.
Said mengenalkan sepupunya kepada saya dan Sharif.
“Jangan dekatkan pantai itu, ombaknya terlalu tinggi,”nasihat Saleh kepada rakan-rakannya.

Latihan 3:
Gunakan imbuhan akhiran -man,-wan dan wati pada perkataan yang digarisi.

Penyanyi rupa itu selalu muncul di kaca televisyen.
Abang Karim ialah seorang warta.
Kini, Syamsul telah menjadi juta.
Kakak saya bercita-cita menjadi seorang peraga.
Wayang bangsa disertai nyanyian dan tarian.

Latihan 4:

Jala sering …..pendapat dan bergaduh dengan abangnya.

A tentang B bertentangan
C menentang




2. Semua salinan sijil itu perlu …….. bersama-sama
dengan borang permohonan.

A ditampalkan B dilampirkan
C digantungkan D dipakukan

3. Petani itu memberitahu …….tentang penemuan
tapak kaki haiwan ganjil di kawasan kebunnya.

A mahaguru B wartawan
C jutawan
4. Banyak …… membantu pihak penyelamat semasa
menjalankan operasi pemindahan mangsa banjir.

A wartawan B sukarelawan
C budayawan

5. Menteri itu menggunakan khidmat …… kerana dia
tidak dapat berbahasa German.

A juruulas B jurulatih
C jurutulis D jurubahasa













PENGGUNAAN KATA YANG TEPAT

Perkataan yang hampir-hampir sama makna dan kesesuaian hanya dapat ditentukan berdasarkan struktur dan situasi ayat.
Kesilapan memilih perkataan akan membawa maksud yang berbeza daripada situasi sebenar.

Contoh :

akhir
habis
selesai
tamat

Akhir:
Kemudian sekali

Habis:
Tidak ada yang tinggal lagi

Selesai:
Sudah siap dikerjakan


Latihan membina ayat bagi menunjukkan perbezaan makna.

1. a) kusam :..............................................................................................................

b) kelam ;...............................................................................................................

c) muram :..............................................................................................................

2. a) memotong:....................................................................................................

b) mengerat :......................................................................................................

c) membelah : ...................................................................................................

d) melapah :.......................................................................................................

Latihan bergambar

1. Ikan yang dibakar oleh ayah .................. kerana ayah terlupa untuk mengangkatnya.

A hangit B rentung
C garing


2. Pokok kelapa itu ................... ke arah matahari terbit.

A senget B condong
C bengkok D serong

3. Emak ...................... minyak masak ke dalam kuali
sebelum menggoreng ikan.

A merenjis B menjirus
C menyiram D menuang

4. Anak-anak kapal dagang itu ....................... sauh
di muara sungai.

A menurunkan B melabuhkan
C menjatuhkan



GOLONGAN KATA


Kata Nama Am

Kategori
Kata Nama Am
manusia
nelayan,.............,..............,..................
benda
meja,....................,.................,......................
haiwan
itik,.......................,.................,.....................
tempat
pasar,...................,..................,....................
tumbuhan
timun,...................,..................,...................
abstrak
siang,.....................,...................,.................

Kata Nama Khas

Kategori
Kata Nama Khas
manusia
Jamil,.......................,.....................,...............
benda
Utusan Malaysia,...................,......................
haiwan
Si Tompok,......................,............................
tempat
Muar,.......................,....................................
konsep
Islam, Aidiladha,.......................,...................

Kata Ganti Nama Diri Pertama

Kata Ganti Nama Diri
Ayat contoh
aku

saya

daku

hamba

patik

beta

kami

kita



Kata Ganti Nama Diri Kedua

Kata Ganti Nama Diri
Ayat contoh
awak

engkau

dikau

anda

tuan hamba

tuanku

kalian

kamu



Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Kata Ganti Nama Diri
Ayat contoh
dia

beliau

ia

aginda

mereka

nya



Kata Ganti Nama Diri Singkat

Kata Ganti Nama Singkat
Ayat contoh
ku

kau

mu





Kata Tanya

Kata Tanya
Ayat contoh
apa

siapa

bila

mana

berapa

bagaimana

mengapa


Kata Sandang

Kata Sandang
Ayat contoh
Si

Sang


Penjodoh Bilangan

Penjodoh Bilangan
Ayat contoh
angkatan

baris

batang

bentuk

berkas

bidang

biji

bilah

buah

buku

butir

carik / cebis

gugus

helai

hiris

ikat

jambak

kaki

kawan

kepal

keping

kerat

ketul

kotak

kuntum

laras

lembar

naskhah

papan

pasang

rawan

ruas

rumpun

sikat / sisir

suap

tandan

tangkai

teguk

timbun

titik

ulas

untai

urat

utas


Kata Sendi

Kata Sendi
Ayat contoh
pada

kepada

akan / terhadap

dari

daripada

bagi / untuk

di

dengan

hingga / sampai

ke

oleh

sebagai

sejak / semenjak

seperti / bagai /macam / bak

tentang

demi


Kata Adjektif

Jenis / Kata Adjektif
Ayat contoh
Sifat/keadaan
- sihat, kasar, licin, bijak.

Warna
- biru, merah, hijau

Ukuran
- panjang, pendek

Bentuk
- bulat, bengkok

Waktu
- cepat, lambat, laju, pantas

Cara
- lincah, berhati-hati, cermat

Jarak
- nyaris, sepelaung, jauh,
hampir

Perasaan
- sedih, gembira, duka,
benci, sayang

Pancaindera
- kelat, masam, pahit, keras

Kekerapan
- sering, selalu, kadang-
kadang



Kata Sendi

Kata Sendi
Ayat contoh
Pada
- Menyatakan masa, tempat,
perbuatan, manusia, binatang, unsur
abstrak

Kepada
- Menyatakan arah yang merujuk
kepada manusia, haiwan, pecahan
dan institusi

Akan / Terhadap
- Menyatakan sikap atau perasaan

Dari
- Menyatakan waktu, masa dan,
tempat

Daripada
- Menyatakan asal sesuatu, orang,
perbandingan dan keanggotaan

Bagi / Untuk
- Menyatakan maksud buat dan waktu
yang ditentukan

Di
- Menyatakan tempat

Dengan
- Menyatakan maksud bersama-sama,
perbandingan, dan cara sesuatu
dilakukan.

Hingga / Sampai
- Menyatakan had masa, waktu,
tempat, dan peringkat.

Oleh
- Digunakan selepas kata kerja pasif
yang berlawanan di- dan ter-

Sebagai
- Menyatakan makna menjadi dan
seakan

Sejak / Semenjak
- Menyatakan suatu jangka masa

Seperti / Bagai / Macam / Bak
- Menyatakan perbandingan, kiasan,
dan perasaan

Tentang
- Menyatakan maksud berkaitan
dengan sesuatu hal

Demi
- Menyakatakan untuk bagi maksud
tujuan



Kata Hubung

- Untuk menghubungkan dua atau lebih kata,frasa, klausa atau ayat.

- Ada tiga jenis kata hubung.
a) kata hubung gabungan
b) kata hubung pancangan
c) kata hubung berpasangan

Kata Hubung Gabungan

Kata Hubung Gabungan / Penggunaan
Ayat contoh
Atau
- Untuk menunjukkan perkara atau hal
yang dipilih

Dan
- Untuk menggabungkan dua unsur yang
setara

Kecuali / Melainkan
- Untuk menunjukkan kekecualian


Lalu
- Untuk dua perbuatan yang dilakukan
secara berturut-turut

Maka
- Untuk menyatakan maksud setelah itu
atau oleh sebab itu

Serta
- Digunakan selepas kata hubung tetapi
atau untuk menunjukkan tokokan
- Untuk menyatakan maksud, turut serta /
bersama-sama



Kata Hubung Pancangan

Kata Hubung Pancangan / Penggunaan
Contoh ayat
Agar / Supaya
- Untuk menerangkan tujuan

Apabila
- Untuk menerangkan masa

Bahawa
- Untuk menyambungkan ayat utama
dengan ayat kecil

Hingga / Sehingga / Sampai
- Untuk menyatakan sesuatu yang sampai
had tertentu

Jika / Kalau / Sekiranya
- Untuk menyatakan syarat

Kerana
- Untuk menunjukkan sebab atau alasan

Manakala
- Untuk menunjukkan ketika, sewaktu,
apabila , bilamana

Sebelum / Selepas / Setelah /Sejak
- Untuk menunjukkan masa

Selagi / Selama
- Untuk menunjukkan hal yang masih
belum berhenti








Kata Hubung Berpasangan

Baik…mahupun
- Untuk menunjukkan maksud sama sahaja

Bukan sahaja….bahkan sahaja
- Untuk menunjukkan maksud serta atau
di samping itu juga

Daripada…….lebih baik
- Untuk menunjukkan pertentangan
maklumat

Entah…..entah
- Untuk menunjukkan perasaan waswas
terhadap seuatu

Jangankan…..pun / Jangankan….malahan
- Untuk menunjukkan persamaan ciri yang
ada pada dua watak atau perkara

Semakin …. Semakin
- Untuk menunjukkan semakin bertambah

Sungguhpun …..namun / Sungguhpuh … tetapi
- Untuk menunjukkan sesuatu sifat yang
saling bertentangan

Sedangkan….tambahan pula / Sedangkan ……..inikan pula
- Untuk menunjukkan sesuatu kerja yang
tidak mampu dilakukan berbanding
dengan




PERIBAHASA

Simpulan bahasa – bentuk peribahasa yang paling ringkas
Bidalan - peribahasa yang digunakan untuk memberikan pengajaran dan
nasihat
Pepatah – peribahasa yang mengandungi nasihat, pengajaran, dan panduan
hidup
Perumpamaan – peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan yang lain dan
mempunyai maksud yang berlainan daripada kelompok kata yang
membentuknya.

Memadankan peribahasa dengan makna.

Simpulan bahasa
Makna
Minta nyawa

Terang hati

Jalan keluar

Masuk akal

Buah mulut

Sekangkang kera

Bongkok sabut

Tangan terbuka

Bodoh sepat


Menuliskan peribahasa yang sesuai berdasar pernyataan yang diberi.

Samad tidak suka bergaul dengan murid-murid lain di sekolahnya.

....................................................................................

Aini berkahwin dahulu daripada kakaknya setelah dilamar oleh Farhan.

....................................................................................
Said tidak mengendahkan nasihat ayah dan ibunya agar tidak keluar lewat malam.

.....................................................................................

Aiman menabung sejak kecil lagi. Kini, wang simpanannya sudah hampir RM1,000.

........................................................................................

Siti menerima kehadiran Ali ke rumahnya dengan memberi layanan yang mesra.

.....................................................................................

6. Lily hanya menggosok baju apabila disuruh oleh ibunya.

.....................................................................................

7. Kamal tercengang-cengang ketika mula-mula tiba di Kuala Lumpur.

......................................................................................

8. Selain bekerja tetap, Ain juga bekerja sambilan di restoran ini.

......................................................................................

9. Kehidupan Mariah sungguh bahagia kerana ibu bapanya menjaga dengan penuh
kasih sayang.

.......................................................................................

10. Murid-murid di dalam kelas itu mendengar dengan teliti apabila Cikgu Nani
membuat sesuatu pengumuman.

.......................................................................................
Latihan bergambar

1. Leman makan sedikit ……………. selepas makan tengah hari.

A tahi minyak B pembasuh mulut
C buah tangan D durian runtuh
2. Saya sungguh menyesal berkelah di pantai itu kerana keadaannya tidak seperti apa-apa yang diceritakan.

A Marahkan nyamuk kelambu dibakar.
B Mencurahkan garam ke laut.
C Indah khabar dari rupa.
D Sudah terhantuk baru tengadah.


3. Saya tidak mahu makan di restoran yang ………… itu lagi.

A gulung tikar B potong leher
C buruk siku D minta nyawa

4. Oleh sebab selalu ……………, Majid telah dibuang kerja oleh majikannya.

A curi tulang B curi hati
C ringan tulang

5. Anuar tinggal …………… apabila rumahnya hangus dijilat api pagi tadi.

A nyawa ikan B putih tulang
C sehelai sepinggang D sekangkang kera
6. Rakan-rakan Milah menasihatinya agar berhati-hati dan tidak terpedaya oleh pujuk rayu ………………. itu.

A ibu keladi B buaya tembaga
C anak gahara D bidan terjun






Kata Banyak Makna

Sesuatu perkataan yang mempunyai kepelbagaian makna dan dapat dilihat perbezaannya melalui konteks ayat yang berlainan.

Contoh:

1. asli - tulen, jati
- bukan tiruan
- penduduk asal, peribumi

2. balik - kembali, pulang
- melakukan semula
- bahagian belakang atau yang lain


Latihan :

Bina ayat berpandukan perkataan yang diberi untuk menunjukkan perbezaan dari segi maknanya.

1. a) baik – sembuh : ......................................................................................
......................................................................................
b) baik – kelakuan : ....................................................................................
....................................................................................

2. a) tinggal – menetap; diam : ......................................................................
.....................................................................
b) tinggal – bakinya : ..................................................................................
.................................................................................
c) tinggal – lupakan : .................................................................................
.................................................................................


Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul.

1. I. Kain yang dipakai oleh kanak-kanak itu sungguh tipis.
II Kakak saya kelihatan cantik walaupun mengenakan solekan yang tipis.
III Tulisan budak itu tipis kerana dia menggunakan pensel yang tajam.
IV Peluang pasukan Helang untuk menang semakin tipis apabila banyak pemain
pasukan itu yang tercedera.

A. I, II, dan III sahaja B. I, II dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV





Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Ayat Aktif - Ayat yang mengutamakan subjek dan mempunyai kata verja berimbuhan
awalan me-, mem-, men-, meng-, dan menge-.
Ayat Pasif - Ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul.


Latihan menyusun perkataan menjadi ayat aktif dan pasif.

1. Sepiring kuih membawa Puan Fatimah.

……………………………………………………………………………………

2. Makanan saki baki oleh emak itu dibuang.

................................................................................................................................

3. Asli menyanyikan Natasha sebuah lagu berentak.

...............................................................................................................................

4. Belum engkau pulangkan itu majalah.

...............................................................................................................................

5. Makanan itu beli kami di warung.

...............................................................................................................................

6. Mendengar dan nasihat guru mesti ibu bapa kita.

..............................................................................................................................

7. Dibersihkan oleh mereka kawasan sedang itu.

..............................................................................................................................

8. Kerusi itu dibeli oleh Datin Mona di Taiwan dan almari antik.

..............................................................................................................................

9. Sekolah kita patut patuhi undang-undang.

..............................................................................................................................

10. Dilawati oleh beliau akan tapak projek itu.

.............................................................................................................................

LATIHAN

Kata Pemeri
Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

Kata Pemeri
Maksud
Ayat contoh
ialah




.menunjukkan persamaan
.hadir di hadapan frasa nama
1. Kereta yang berada di tepi padang itu
ialah kereta Proton Wira.
2. Agama rasmi negara kita ialah agama
Islam.
3. Bapanya ialah seorang doktor gigi.

Adalah
.menunjukkan huraian atau
keterangan
.hadir di hadapan frasa nama /
frasa sendi / kata hubung
.hadir di hadapan kata adjektif


1. Menabung adalah hobi yang baik.
2. Kasut yang dipakaianya itu adalah
daripada kulit.
3. Makanan yang ditempahnya itu adalah
untuk anak-anak yatim.
4. Jawapan yang diberikannya itu adalah
benar.
Nota:
*Kata pemeri ‘adalah’ tidak digunakan bersama dengan kata nafi dan dalam ayat- ayat pasif.
*Terdapat kekecualian bagi penggunaan kata nafi ‘tidak’.
Contoh :
1. Kenyataan itu adalah tidak benar. ( √ )
2. Keputusan itu adalah tidak adil. ( √ )
3. Lukisan ini adalah tidak cantik. ( x )
4. Murid-murid adalah diarah berkumpul di padang sekolah. (x )

*Perlu diingat bahawa kata-kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.
Contoh:
1. Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.
2. Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan pada bulan hadapan.
3. Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Isnin.

Ayat-ayat di atas seharusnya berbentuk seperti yang berikut:-
Dengan ini
Anda diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Ibu bapa
Tuan-tuan
Dengan hormat

Dengan ini dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan Tuan/Anda pada bulan hadapan



Terdapat kekecualian bagi penggunaan kata nafi ‘tidak’.
Latihan 1:
Tulis kata pemeri yang sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah:-

1. Puan Anjali __________ Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tasik Perdana.
2. Gajah ____________ haiwan darat yang terbesar di dunia.
3. Masjid ____________ tempat beribadat bagi orang yang beragama Islam.
4. Aris __________ pekerja sambilan di Syarikat Unggul.
5. Tujuan pertandingan itu diadakan _________ untuk mencungkil bakat murid- murid.
6. A.Samad Said ____________ seorang Tokoh Sastrawan yang banyak berjasa
kepada negara.
7. Basikal baru itu __________ untuk adik sempena hari ulang tahunnya yang ke – 9.
8. Nasi ___________ makanan asasi bagi penduduk Malaysia.
9. Makanan yang ditempahnya itu _________ untuk pasukan bola sepak Kampung
Sri Paya.
10. Jalaludin ___________ seorang pelakon yang sungguh berbakat.

Latihan 2:-

Tandakan ( √ ) atau ( x ) pada ayat-ayat yang diberi.

1. Sungai Rejang ialah sungai yang paling panjang di Malaysia. ( )
2. Lagu “Negaraku” ialah berasal daripada lagu “Terang Bulan”. ( )
3. Permainan sepak raga adalah permainan tradisional orang Melayu. ( )
4. Ular sawa ialah antara ular yang terpanjang di dunia. ( )
5. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara Malaysia.( )
6. Encik Razak ialah pengurus syarikat perkapalan itu. ( )
7. Kereta baru Encik Ghapor adalah kereta buatan Malaysia. ( )
8. Gas hidrojen ialah antara gas yang terkandung dalam udara.( )
9. Yasmin dan Tracia adalah murid tahun 4 sekolah itu. ( )
10. Makanan di atas meja itu ialah untuk para tetamu.( )
11. Masjid adalah tempat beribadat bagi orang yang beragama Islam.( )
12. Tuduhannya itu adalah tidak benar sama sekali.( )
13. Taufik adalah anak buah Encik Johan. ( )
14. Salinan sijil yang dikehendaki adalah seperti yang dilampirkan.( )
15. Perbincangan itu ialah tentang pencemaran udara. ( )
16. Keluarganya ialah daripada golongan yang berada.( )
17. Kedudukan kedai basikal itu adalah di antara dua buah kedai elektrik.( )
18. Perjuangan itu ialah demi masa depan negara. ( )
19. Penglibatan dalam kegiatan sukan ialah dengan kebenaran bapanya. ( )
20. Asam pedas ialah antara makanan kegemaran Jamilul.( )
21. Kebakaran itu ialah disebabkan oleh api ubat nyamuk. ( )
22. Anak patung itu ialah untuk adik. ( )
23. Tajuk sajak itu adalah “Sesuap Nasi”.( )
24. Ikan lumba-lumba ialah sejenis haiwan mamalia.( )
25. Cikgu Nazri adalah seorang guru di Sekolah Kebangsaan Mersing.( )
26. Hisham adalah rakan sekolah Saiful.( )
27. Nasi kerabu ialah makanan yang popolur di negeri Kelantan.( )
28. Haji Kamil adalah antara orang yang terpenting di taman perumahan itu.( )
29. Mesyuarat itu ialah tentang cara-cara mengindahkan kawasan sekolah.( )
30. Cerita yang disampaikan oleh lelaki itu ialah tidak benar.( )
31. Adalah tidak wajar dia berkata demikian kepada orang tua. ( )
32. Bungkusan kecil itu adalah daripada kakak saya. ( )
33. Hazwani ialah anak kesayangan Puan Hamidah.( )
34. Ketupat dan rendang adalah masakan utama ketika sambutan Hari Raya Puasa.( )
35. Itu adalah jadual kelas Tahun 6 Cekap. ( )
36. Adalah lebih baik kamu pulang awal hari ini.( )
37. Pendapatan Ah Long ialah bergantung kepada hasil tangkapan yang diperolehnya.( )
38. Saya percaya bahawa berita itu adalah benar. ( )
39. Kegiatan kokurikulum ialah salah satu daripada aktiviti yang djalankan di sekolah.( )
40. Berjimat cermat ialah satu amalan yang baik. ( )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan